Isnin, 25 Mei 2009

BAB SATU- PENERANGAN KAJIAN TINDAKAN
Difinisi oleh Macintyre 1991- kajian tindakan merupakan suatu penyiasatan, dimana sebagai hasilnya pengkaji tersebut (mengfokuskan kepada suatu masalah topik atau isu yang diperjelaskan), dan pada asas maklumat tersebut, rancangan ,pelaksanaan, dan menilai suatu tindakan dan seterusnya menghasilkan untuk membuat kesimpulan berdasarkan dapatan.




Kepentingan literatur


1. Literatur dapat memudahkan seorang untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji.
2. Dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yamg digunakan, menjadikan kajian seseorang itu mempunyai nilai akademik.
3. Literatur mendapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan.


BAB 2-PERANAN LITERATUR


Literatur dapat:
1. Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
2. Mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
3. Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
4. Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
5. Memberikan justifikasi kesesuaian topik.
6. Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpontensi untuk menemui sesuatu yang berguna.


Bagaimana untuk memulakan literatur:


Peringkat 1:Pilih bidang- Apabila suatu topik telah dipilih langkah pertama adalah mencari pelbagai jenis literatur untuk mencari apa yang telah didokumenkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.Contoh: Dengan melihat perubahan dalam kelas, kita dapat menjangkakan bagaimana murid-murid hari ini berhadapan dengan senario pembelajaran semalam.


Peringkat 2
:Pilih teks kunci apabila topik telah dipilih beberapa bilangan teks kunci termasuklah atikal atau kertas laporan kajian boleh dipilih. Contoh:

Topik: Penyalahgunaan dadah

• Apakah yang membezakan pengunaan, bagaimanakah gunaan dan penagihan dadah?
• Adakah sesetengah kumpulan murid-murid lebih terpengahru untuk mengunakan dadah berbanding kumpulan yang lain?
• Bolehkah sekolah mengistiharkan bahawa program pendidikan kesihatan telah dilaksankan secara berkesan.


BAB 3-MEREKA SUATU SOALAN KAJIAN

Soalan kajian merupakan fokus utama penyasatan yang dilakukan oleh seseorang pengkaji kajian tindakan. Soalan yang direka mestilah jelas tidak mengelirukan dan asli.
Salah satu cara untuk merangka soalan kajian adalah dengan menulis jawapan bagi empat soalan berikut:
1. Apakah sebenarnya yang saya ingin ketahui.
2. Bagaimana teknik pengajaran saya dapat dipertingkatkan
3. Bagaimana pembelajaran murid-murid dapat dipertingkatkan
4. Apakah strategi yang saya akan laksanakan untuk mencapainya.
Pertimbangan Atika
1. Kerahsiaan- Pengkaji-pengkaji kebiasaannya meyakinkan kepada perserta-perserta bahawa kajian yang dilakukan adalah sulit dan ini bermakna segala proses dan hasil akan diketahui oleh mereka-mereka yang terlibat dalam kajian. Hal ini membolehkn peserta bertindak atau memberikan jawapan sejujurnya mungkin agar pengkaji-pengkaji dapat memperolehi gambaran sebenar fenomena yang mereka igin kaji.
2. Anonymiti (ketidakpastian)- Jaminan kedua, laporan adalah nama dan lokasi akan diubah supaya tidak ada orang yang boleh mengenalpasti dimana atau siapa yang terlibat dengan kajian. Oleh itu, adalah penting untuk mengotakan janji. Bagaimana sekiranya guru besar menanyakan mengenai murid tertentu, adakah kamu akan menanya bahawa kamu tidak tahu.
3. Kecenderungan
Jaminan kerahsiaan dan anonymiti dilakukan agar mereka yang diperhatikan, ditemuduga atau yang diberikan soalan akan menjawab sejujurnya tanpa perasaan takut. Namun kadangkala responden cuba untuk menjangkakan jawapan yang igin didengar oleh pengkaji dan menjawab menurutnya.
4. Kebolehcayaan.
Dengan megurangkan kecenderungan menjadikan suatu kajian itu boleh dipercayai ini bermakna jika terdapat pengkaji lain yang mengulang kajian yang sama maka hasilnya sepatutnya sama.
5. Kesahihan
Kesahihan boleh diukur dengan memerhatikan semua perinsip dan menjawab soalan berikut:
• Adakah soalan yang dibuat secara jelas supaya jawapan memberikan data untuk menjawab soalan kajian?
• Adahkah prosider yang dilakukan jelas supaya peringkat penyasatan boleh dinilai?
• Adakah langkah untuk megurangkan kecenderunga dan meningkat kebolehcayaan telah diambil?
• Adakah kenyataan diterbitkan daripada soalan, perancangan tindakan, dan bukti yang telah dikumpul?

BAB4-PENGUMPULAN DATA
Beberapa persoalan perlu ditimbangkan iaitu:
• Apa: Apa yang akan diliputi dalam penyasatan?
• Bagaimana: Bagaimana kamu mengumpul data, bagaimana mengurangkan kecenderungan?
• Bila: Bila kajian akan dilakukan,berapa kerap kajian dilakukan?
• Dimana: Didalam bilik darjah atau didalam kawasan sunyi?
• Siapa: Siapa yang akan terlibat dan bagaimana mereka dipilih?
• Dengan apa: Adakah peralatan seperti video, perakam kesat, computer atau pusat bahasa tersedia?
• Apa implikasinya: Sekiranya hasil dapatan menunjukan sesuatu perubahaan perlu dilakukan. Adakah perubahan dilakukan.sekiranya tidak apakah yang kamu lakukan?
• Siapa yang perlu diberitahu: Adakah kebeneran ibubapa diperlukan, adakah terdapat badan lain seperti PIBG perlu diberitahu?
Instrument Alat Pengumpulan Data
1.catatan luar
2.rakaman pita audio atau video
3.jadual pemerhatian bertruktur
4.soalselidik
5.temuramah

BAB 5-ANALISIS DATA
Perkara dalam menjelaskan dapatan adalah;
1. Tema- Idea konsisten yang timbul
2. Insiden- Berapa kerap sesuatu perkara itu berlaku atau bialngan jawapan soal selidik yang menyatakan perkara yang sama.
3. Corak-contoh:masa insiden berlaku-sama aada masa tersebut bercorak tunggal atau berkelumpok tren kekerapan corak.
Kesemua data hendak dilaporkan dan dianalisis. Lain-lain jawapan boleh diterjemahkan dalam beberapa cara contohnya: Diagrem, jadual, graf, carta pai atau graf bar.Pilih kaedah yang logik dan sesuai dan jelaskan sekiranya data tersebut tidak berapa jelas daripada paparan.
Pertimbangakan saiz dakwaan yang kamu buat supaya sejajar dengan bukti yang kamu ada.

BAB 6-PENULISAN DISERTASI ATAU TESIS

Teks awal Penghargaan
Isi kandungan
Sinopsis
Teks pengenalan
Bab 1 Kajian literatur
Bab2 Kaedah kajian
Bab3 Konteks kajian
Bab4 Hasil
Bab 5 Kesimpulandan cadangan
Teks akhir bibliografi
Indeks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan