Khamis, 30 April 2009

KULIAH 1 (20-04-2009)

Kajian ialah langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

Tindakan ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.

Selasa, 28 April 2009

KULIAH 2 (27-04-2009)
AKTIVITI 1
Bermulanya tarikh pada 11 April 2009. Saya dan pelajar DPLI telah bertolak dari UKM ke Pulau Pangkor. Sepanjang penglibatan diri saya didalam program Bina Insan Guru(BIG 2) terdapat kelemahan yang saya dapat kesan antarannya ketepatan masa dan kurang bertanggungjawab. Penglibatan diri saya didalam kerja berkumpulan, saya lebih suka untuk berjenaka jika dibandingkan dengan ahli kumpulan yang begitu serius dan komited.
PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diutarakan, antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah:-
i. Saya perlu bersedia didalam segala hal samada secara mengejut atau jadual yang berkala.
ii. Saya akan lebih cenderung untuk memegang jawatan lain bagi mengasah keterlibatan saya didalam sesuatu kerja berkumpulan.
iii. saya Perlu membezakan diantara perkara yang serius dalam melakukan sesuatu perkerjaan samada bentuk formal atau tidak.

MATLAMAT UMUM
Segala penambah baikan itu membuat diri saya ingin mencapai matlamat yang murni untuk menjadi seorang manusia yang berdisiplin beratika dan komitet pada satu perkerjaan.
OBJEKTIF
1) Dapat mengendalikan masa dengan lebih tepat.
2) Berkeyakina dalam membuat sesuatu keputusan.
3) Memupuk muafakat dalam melakukan aktiviti berkumpulan.
PELAN TINDAKAN
Langkah yang perlu diambil:
i. Meminta pandagan dari ahli kumpulan dalam bentuk komentar dan tunjuk ajar. Mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin melalui program yang akan datang iaitu Rekreasi Dalam Komuniti
ii. Sentiasa merujuk kepada ketua untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkerjasama didalam kumpulan.
iii. Memastikan diri saya berkerja didalam kumpulan dengan lebih serus dan meminta ahli kumpulan sekiranya diri saya tersasar dali landasan perbincangan yang begitu komited.

Untuk memastikan apa yang dirancangkan berjalan lancar, saya akan melakukan satu persatu sehingga matlamat utama iaitu untuk memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, apabila semuanya dapat dicapai, maka saya menilainya sebagai saya sudah Berjaya mengatasi kelemahan yang ada.


AKTIVITI 2
REFLEKSI BERKENAAN DENGAN KAEDAH MENGAJAR PADA SEMESTER LEPAS

KELEMAHAN
Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah percapuran pertuturan lorghat bahasa Kelantan dengan bahasa Malaysia. Serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.
PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan yang dirancang adalah :
i) Melatih dalam percakapan didalam bahasa Malaysia.
ii) Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya
di dalam bilik darjah.

MATLAMAT
Matlamat umum adalah untuk melatih dan membaikpulih perkataan yang bercampur loghat Kelantan dengan bahasa malaysia ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF
1) Pelajar mudah memahami segala pertuturan didalam P&P.
2) Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

PELAN TINDAKAN
Langkah-langkah yang diambil:
i. Sentiasa bertutur dan bergaul dengan mengunakan bahasa Malaysia standed.
ii. Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang cara pertuturan serta pelajar memahami pengajaran saya.
iii. Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan.