Selasa, 26 Mei 2009

Tajuk buku : The Art Of Action Research In The Classroom
Penulis : Christine Macintyre
Tahun Terbitan : 2000
Penerbit : London:David Fulton Publishers

Isnin, 25 Mei 2009

BAB SATU- PENERANGAN KAJIAN TINDAKAN
Difinisi oleh Macintyre 1991- kajian tindakan merupakan suatu penyiasatan, dimana sebagai hasilnya pengkaji tersebut (mengfokuskan kepada suatu masalah topik atau isu yang diperjelaskan), dan pada asas maklumat tersebut, rancangan ,pelaksanaan, dan menilai suatu tindakan dan seterusnya menghasilkan untuk membuat kesimpulan berdasarkan dapatan.




Kepentingan literatur


1. Literatur dapat memudahkan seorang untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji.
2. Dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yamg digunakan, menjadikan kajian seseorang itu mempunyai nilai akademik.
3. Literatur mendapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan.


BAB 2-PERANAN LITERATUR


Literatur dapat:
1. Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
2. Mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
3. Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
4. Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
5. Memberikan justifikasi kesesuaian topik.
6. Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpontensi untuk menemui sesuatu yang berguna.


Bagaimana untuk memulakan literatur:


Peringkat 1:Pilih bidang- Apabila suatu topik telah dipilih langkah pertama adalah mencari pelbagai jenis literatur untuk mencari apa yang telah didokumenkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.Contoh: Dengan melihat perubahan dalam kelas, kita dapat menjangkakan bagaimana murid-murid hari ini berhadapan dengan senario pembelajaran semalam.


Peringkat 2
:Pilih teks kunci apabila topik telah dipilih beberapa bilangan teks kunci termasuklah atikal atau kertas laporan kajian boleh dipilih. Contoh:

Topik: Penyalahgunaan dadah

• Apakah yang membezakan pengunaan, bagaimanakah gunaan dan penagihan dadah?
• Adakah sesetengah kumpulan murid-murid lebih terpengahru untuk mengunakan dadah berbanding kumpulan yang lain?
• Bolehkah sekolah mengistiharkan bahawa program pendidikan kesihatan telah dilaksankan secara berkesan.


BAB 3-MEREKA SUATU SOALAN KAJIAN

Soalan kajian merupakan fokus utama penyasatan yang dilakukan oleh seseorang pengkaji kajian tindakan. Soalan yang direka mestilah jelas tidak mengelirukan dan asli.
Salah satu cara untuk merangka soalan kajian adalah dengan menulis jawapan bagi empat soalan berikut:
1. Apakah sebenarnya yang saya ingin ketahui.
2. Bagaimana teknik pengajaran saya dapat dipertingkatkan
3. Bagaimana pembelajaran murid-murid dapat dipertingkatkan
4. Apakah strategi yang saya akan laksanakan untuk mencapainya.
Pertimbangan Atika
1. Kerahsiaan- Pengkaji-pengkaji kebiasaannya meyakinkan kepada perserta-perserta bahawa kajian yang dilakukan adalah sulit dan ini bermakna segala proses dan hasil akan diketahui oleh mereka-mereka yang terlibat dalam kajian. Hal ini membolehkn peserta bertindak atau memberikan jawapan sejujurnya mungkin agar pengkaji-pengkaji dapat memperolehi gambaran sebenar fenomena yang mereka igin kaji.
2. Anonymiti (ketidakpastian)- Jaminan kedua, laporan adalah nama dan lokasi akan diubah supaya tidak ada orang yang boleh mengenalpasti dimana atau siapa yang terlibat dengan kajian. Oleh itu, adalah penting untuk mengotakan janji. Bagaimana sekiranya guru besar menanyakan mengenai murid tertentu, adakah kamu akan menanya bahawa kamu tidak tahu.
3. Kecenderungan
Jaminan kerahsiaan dan anonymiti dilakukan agar mereka yang diperhatikan, ditemuduga atau yang diberikan soalan akan menjawab sejujurnya tanpa perasaan takut. Namun kadangkala responden cuba untuk menjangkakan jawapan yang igin didengar oleh pengkaji dan menjawab menurutnya.
4. Kebolehcayaan.
Dengan megurangkan kecenderungan menjadikan suatu kajian itu boleh dipercayai ini bermakna jika terdapat pengkaji lain yang mengulang kajian yang sama maka hasilnya sepatutnya sama.
5. Kesahihan
Kesahihan boleh diukur dengan memerhatikan semua perinsip dan menjawab soalan berikut:
• Adakah soalan yang dibuat secara jelas supaya jawapan memberikan data untuk menjawab soalan kajian?
• Adahkah prosider yang dilakukan jelas supaya peringkat penyasatan boleh dinilai?
• Adakah langkah untuk megurangkan kecenderunga dan meningkat kebolehcayaan telah diambil?
• Adakah kenyataan diterbitkan daripada soalan, perancangan tindakan, dan bukti yang telah dikumpul?

BAB4-PENGUMPULAN DATA
Beberapa persoalan perlu ditimbangkan iaitu:
• Apa: Apa yang akan diliputi dalam penyasatan?
• Bagaimana: Bagaimana kamu mengumpul data, bagaimana mengurangkan kecenderungan?
• Bila: Bila kajian akan dilakukan,berapa kerap kajian dilakukan?
• Dimana: Didalam bilik darjah atau didalam kawasan sunyi?
• Siapa: Siapa yang akan terlibat dan bagaimana mereka dipilih?
• Dengan apa: Adakah peralatan seperti video, perakam kesat, computer atau pusat bahasa tersedia?
• Apa implikasinya: Sekiranya hasil dapatan menunjukan sesuatu perubahaan perlu dilakukan. Adakah perubahan dilakukan.sekiranya tidak apakah yang kamu lakukan?
• Siapa yang perlu diberitahu: Adakah kebeneran ibubapa diperlukan, adakah terdapat badan lain seperti PIBG perlu diberitahu?
Instrument Alat Pengumpulan Data
1.catatan luar
2.rakaman pita audio atau video
3.jadual pemerhatian bertruktur
4.soalselidik
5.temuramah

BAB 5-ANALISIS DATA
Perkara dalam menjelaskan dapatan adalah;
1. Tema- Idea konsisten yang timbul
2. Insiden- Berapa kerap sesuatu perkara itu berlaku atau bialngan jawapan soal selidik yang menyatakan perkara yang sama.
3. Corak-contoh:masa insiden berlaku-sama aada masa tersebut bercorak tunggal atau berkelumpok tren kekerapan corak.
Kesemua data hendak dilaporkan dan dianalisis. Lain-lain jawapan boleh diterjemahkan dalam beberapa cara contohnya: Diagrem, jadual, graf, carta pai atau graf bar.Pilih kaedah yang logik dan sesuai dan jelaskan sekiranya data tersebut tidak berapa jelas daripada paparan.
Pertimbangakan saiz dakwaan yang kamu buat supaya sejajar dengan bukti yang kamu ada.

BAB 6-PENULISAN DISERTASI ATAU TESIS

Teks awal Penghargaan
Isi kandungan
Sinopsis
Teks pengenalan
Bab 1 Kajian literatur
Bab2 Kaedah kajian
Bab3 Konteks kajian
Bab4 Hasil
Bab 5 Kesimpulandan cadangan
Teks akhir bibliografi
Indeks

Jumaat, 22 Mei 2009

ulasan jurnal

Deborah sarpo-brown.The action research. endeavors of six classroom teachers and their perception of action research.vol.166,no.2,1990,196-200.

1) Sampel:

Enam orang guru kelas yang mengajar pada tahap sekolah rendah dan sekolah menengah melakukan kajian dalam bilik darjah.

Setting:

Mengkaji keberkesanan inovasi(reka cipta) peringkat sekolah. Seperti: Suatu kokurikulum AIDS yang baru dan satu pendekatan matematik atau sains teras. Mengkaji pendekatan secara kajian literatur seperti: Alat bantu pengajaran berkomputer, penguasaan pembelajaran dan kaedah pembelajaran metakognatif. Memerhatikan jantina mana yang lebih cenderung untuk muncul sebagai pemimpin dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran berkumpulan kooperatif.

Proseder:

Dua orang guru tersebut mengkaji keberkesanan inovasi(reka cipta) peringkat sekolah. Tiga orang guru itu, mengkaji pendekatan secara kajian literatur. Seorang lagi guru, memerhatikan jantina mana yang lebih cenderung untuk muncul sebagai pemimpin dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran berkumpulan kooperatif.

Pengumpulan data dan analisa data:

Pelbagai kebaikan dilakukan oleh guru-guru tersebut hasil daripada kajian mereka, termasuklah: meningkatkan profesionalisma guru, peringkat hubungan antara ibubapa dengan pentadbiran sekolah dan makluman tambahan mengenai sikap pelajar. Antara kesukaran yang dihadapi guru-guru tersebut termasuklah kesukaran untuk mencari waktu bagi mengumpul dan menganalisa data serta mereka kajian agar memaksimakan kadar respon. Kumpulan yang menyokong bagi guru-guru yang mengumpul kajian tindakan dicadangkan pada masa hadapan.


Dwight rogers,Cheryl mason bolick,amy Anderson,evelyn gorbon,Meghan mcglinn manfra and jan yow. Action research:transforming relationships.“It’s about the kids”: Trensforming teacher-students relationships through action research.vol.80,no.5,may/june 2007.217-221.


2) Sampel:

Kajian tindakan program pendidikan guru untuk meningkatkan lagi refleksi dan amalan guru.
Setting:

Kajian tindakan yang dilakukan oleh 114 guru-guru berpengalaman yang mengikuti program ijazah sarjana muda(MA).


Proseder:


Pengarang memeriksa kajian tindakan yang dilakukan oleh 114 guru-guru berpengalaman yang mengikuti program ijazah sarjana muda(MA).Guru-guru tersebut datang daripada pelbagai disiplin(bidang) dan aras gret.

Pengumpulan data dan analisa data:

Berdasarkan penyasatan berikut: pegarang mendapati bahawa kajian tindakan menyediakan suatu laluan bagi guru untuk:
a) Mewujudkan lebih banyak ruang hubungan peribadi dengan pelajar.
b) Membangunkan suatu kefahaman yang lebih baik pelajar-pelajar sebagai seorang
pelajar.
c) Memberi ruang kepada pelajar -pelajar untuk bersuara didalam bilik darjah.

Jax Ax,peter ponte and niels brouwer.educational action research.action research in initial teacher education: an explorative study.vol.16,no.1,march 2008.55-77.

3) Sampel:

Kajian ini adalah untuk menerangkan pengalaman prektikal pelajar dan pendidikan guru.

Setting:

Kajian ini adalah untuk menerangkan pengalaman prektikal pelajar dan pendidikan guru dalam kajian tindakan serta untuk mengenalpasti beberapa fakta istimewa untuk dipertimbangkan (peluang dan batasan) yang boleh memainkan peranan untuk menjadi kajian kepada amalan.

Proseder:

Pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik (guru) daripada tiga program pendidikan awal guru belanda yang menjadikan kajian tindakan sebagai suatu kaedah pembangunan profesional dan sebagai suatu kelayakan professional.
>>Empat fakta istemewa untuk dipertimbangkan telah dikenalpasti: kajian tindakan dan kelayakan profesional teras pendidikan; perbezaan antara kajian tindakan oleh guru-guru pelajar semasa pendidikan awal mereka dan guru-guru berpengalaman ditempat kerja mereka; pengalaman pelajar-pelajar dan tanggapan kajian; dan aktiviti-aktivti berterapkan kajian program tersebut.

Pengumpulan data dan analisa data:

Pengarang –pengarang merumuskan bahawa kajian tindakan seharusnya dipertimbangkan daripada perspektif yang berlainan sebagai suatu pendekatan profesional, sebagai suatu bidang kemahiran yang diperlukan untuk membuat hubungan antara mengatahui sesuatu itu dan mengatahui kenapa sesuatu itu, dan sebagai suatu cara untuk memperbaiki amalan melalui pembangunan, pengatahuan berasaskan amalan secara sistematik.

Isnin, 18 Mei 2009

KULIAH 4

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan/ tinjauan literatur membabitkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Dengan membuat tinjauan literatur, pengkaji akan lebih memahami berkaitan dengan aspek ataupun permasalahan yang ingin dikaji.

Menurut Hendricks (2006), tinjauan literatur ini penting dengan pelbagai sebab. Antaranya:
i- Pengkaji berpeluang meneliti terlebih dahulu topik yang ingin dijalankan kajian
ii- Belajar hasil dari pengalaman pengkaji lain untuk membentuk perancangan yang lebih tersusun

Dalam tinjauan literatur seperti jurnal contohnya, adalah penting untuk penulis mengambil kira aspek kesahan iaitu (adakah proses yang dilalui dalam kajian tersebut telah mengukur apa yang sepatutnya diukur) dalam mendapatkan hasil yang tepat terhadap kajian yang dijalankan.

Selain itu, dalam membuat penelitian atau pembacaan terhadap kajian kepustakaan ini, penyelidik boleh memberikan perhatian dan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data.

Proses-proses berikut perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih menyeluruh dan menjadi lebih bermakna..

- Menganalisis


Analisis dilakukan dengan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Proses ini merupakan satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa ciri kemahiran berfikir.

- Menilai


Menilai di sini bermaksud membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Proses ini memerlukan pengkaji untuk meneliti setiap ciri-ciri kajian tindakan ketika tinjauan yang dilakukan.


- Membuat kesimpulan


Seterusnya mengkaji menyimpulkan dengan membuat pernyataan tentang sesuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.


- Mensintesis


Sistesis bermaksud menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.

AKTIVITI ( 3 ) DR. IDZHAM

Aktiviti Berkumpulan

Arahan: Nyatakan 8 sebab orang menentang perubahan dan sertakan sekali langkah penyelesaian.

1. Perubahan yang dianggap membawa kesan yang negatif.
2. Perubahan menyebabkan perselisihan pendapat.
3. Perubahan menuntut kepada perubahan sikap dan mentaliti sekaligus mempengaruhi zon selesa seseorang individu.
4. Perubahan yang ingin dibuat tidak mempunyai perancangan dan strategi yang meyakinkan.
5. Perubahan memerlukan kepada harga seperti kewangan dan harta benda di samping tenaga.
6. Perubahan yang hanya mementingkan golongan tertentu sahaja.
7. Perubahan yang drastik, tergesa-gesa (tanpa perancangan teliti)

Cara Penyelesaian:


Perubahan memerlukan kepada pengorbanan dari beberapa aspek. Perubahan juga kadang-kadang berdepan dengan risiko kegagalan sebelum menemui keberhasilan dan kejayaan. Dalam konteks ini, semua pihak perlu sedar perubahan yang ingin dibuat memerlukan kepada persetujuan dan sokongan sebulat suara sebelum melaksanakannya. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dibuat dalam melakukan sesuatu perubahan yang mana mengambil kira kepentingan semua pihak agar ia dapat diterima baik dan dapat dijalankan dengan sepenuh hati. Perubahan ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk melihat keberhasilannya. Hakikatnya, kita perlu sedar setiap perubahan yang dilakukan tidaklah sempurna. ia adat kebiasaan setiap perubahan yang telah dibuat pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri dan dalam konteks ini kita tidak seharusnya menuding jari menyalahkan satu sama lain tetapi cuba mencari jalan penyelesaian bersama-sama dalam memperbaiki perubahan yang telah dibuat.

Selasa, 12 Mei 2009

kuliah 3

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Dalam Bidang Pendidikan, faktor utama ialah;
  • Menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
  • Perubahan mewujudkan ketidakpastian. Elakkan ketidakpastian kerana ia akan meruntuh masa depan jenerasi muda.
Jenis Perubahan
  1. Perubahan kearah peningkatan
  2. perubahan strategik organisasi
  3. perubahan reaktif(tindakbalas,respon,tuntutan)
  4. perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan Adalah kompleks
  1. Proses evolusi -Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.Perubahan ketara dalam status Quo.
  2. Proses revolusi-Perubahan yang pantas. Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang binasa.
Perubahan Multidimensi
  • Perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Pertimbangan untuk mengenalpasti dimensi berkaitan perubahan.
  • Terdapat 6 dimensi prubahan:
1.Perubahan untuk capai tujuan tertentu.
2.Perubahan untuk penambahbaik dalam sesuatu keadaan dan sistem.
3.Perubahan dalam sesuatu sistem melibatkan 2 jenis pindaan:
>Perubahan untuk kembali kepada asal.
>Perubahan untuk mempertingkatkan percapaian atau tanpa pengubahan.

Unit Perubahan
  • Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
  • Unit perubahan terdiri daripada:
i-individu
ii-Kumpulan/pasukan
iii-Jabatan
iv-Organisasi
v-Sistem organisasi
vi-Komuniti
Sifat perubahan
  • peringkat besar-Organisasi
  • peringkat kecil -Individu
  • mengubah Individu dengan usaha sikap, tingkahlaku, atau kedua-dua sekali.
Megnitud Perubahan
  • Perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
  • Perubahan dengan skala besar
Model Perubahan
  1. Model Rojer
  2. Model Kanter
  3. Model Rano
  4. Model Aeot

Khamis, 30 April 2009

KULIAH 1 (20-04-2009)

Kajian ialah langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

Tindakan ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.